SEJARAH MTM



PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Ugama (Agama) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu, Kelantan adalah sebuah sekolah Menengah Ugama (Arab) bantuan kerajaan Kelantan di bawah pengendalian Yayasan Islam Kelantan

Bersesuaian dengan nama sekoIah serta berlandaskan falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan, maka sekolah ini bermatlamat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, beriman, beramal soleh dan bertakwa kepada Allah supaya menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan Negara. Semenjak penubuhannya SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin yang juga dikenali dengan nama Sekolah Arab Pak Nik Lah dikalangan masyarkat setempat telah banyak memberi sumbangan dalam menyebar dan memperluas pendidikan serta nilai-nilai Islam kepada masyarakat Kelantan khususnya kepada Negara amnya. Sekolah ini juga teIah berjaya meningkatkan prestasi akedemik mahupun disiplin pelajar. Hasil dari itu ramai cendekiawan Islam dalam pelbagai  bidang telah dapat dilahirkan. Sekolah ini semakin terkenal dan bertambah maju dari setahun ke setahun berikutan penambahan bilangan pelajar dan guru-guru yang berdedikasi. Kini bilangan pelajar sekolah mencecah 1500 orang, terdiri daripada  pelajar safful awal (tingkatan 1) hingga ke tingkatan enam atas. Dengan itu SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, telah disenaraikan sebagai sekolah Menengah Ugama (Arab) Bantuan Kerajaan terbesar di Kelantan.
LOKASI
SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kernumin, terletak 8 km dari pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darunnaim, 5 km dari bandar Baru Kubang Kerian dan 5 km dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Putra Pengkaian Chepa.

SEJARAH PENUBUHAN
Pada mulanya SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor Kemumin, Kota Bharu Kelantan berbentuk institusi pengajian pondok yang pertama di Kampung Panchor yang iebih dikenali dengan nama Pondok Tok Ayah Kedah” yang mana pengasasnya ialah Tok Ayah Kedah dan Wan Gum Haji Bin Said (Lebai said).

Dengan hasrat ingin membangunkan masyarakat dan membawa pernbaharuan dalam bidang pendidikan, usaha yang dimulakan oleh kedua-dua orang tokoh pendidik itu telah diteruskan oleh Haji Nik Abdullah Bin Haji Arshad dengan perancangan yang lebih tersusun. Hasil kegigihan beliau tertubuhlah sebuah sekolah Ugama (Arab) Panchor pada tahun 1952 bersamaan 1372 hijrah, dengan nama Madrasah At-Tarbiah Al-Mardhiah.(MTM)

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan kecil (wakaf) berukuran 10’ x 10’ beratapkan zink yang dijadikan dua bilik darjah. Bilangan pelajar pada hari pertama ditubuhkan ialah 8 orang dengan kelas permulaannya darjah satu. Bilangan pelajar terus bertambah menjadi 58 orang pada akhir tahun pertama penubuhannya. Guru tetap pada masa itu hanya dua orang sahaja laitu Haji Mohd. SaIleh Haji Ar-shad dan Haji Musa Mohd SaIleh yang mana yuran yang dikenakan pada masa itu ialah 30 sen sebulan. Selepas itu pungutan derma telah dibuat untuk membina bangunan baru di tapak baru dengan jumlah pungutan yang diperolehi sebanyak RM70.00.
 Dengan itu bangunan baru yang berukuran 31’ x 29’ telah didirikan secara gotong-gotong. Bangunan yang dibina pada tahun 1961 setelah diubahsuai, masih digunakan sehingga sekarang untuk menampung bilangan pelajar yang begitu ramai. Sebagai sebuah sekolah Agama Rakyat, keadaan sudah tentu daif dan terpaksa menghadapi kekurangan dalam semua aspek seperti keewangan, bangunan dan lain-lain. Pada masa itu terdapat bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat dan seterusnya diambil alih dan dipulihkan oleh pihak Jabatan Yayasan Islam Kelantan (YlK). Dari sini, sekolah ini mula dikenali sebagai SMU(A) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin

Dari masa ke semasa sekalah ini semakin berkembang maju hingga terkenal ke seluruh tanah air termasuk Sabah dan Sarawak dan negara-negara jiran seperti Brunei Darulsalam, Thailand dan Singapura.