Saturday, September 24, 2011

SUMBANGAN DERMA UNTUK PEMBINAAN KANTIN SEKOLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pihak sekolah sedang berusaha menyiapkan kantin sekolah bagi kegunaan para pelajar dan kakitangan sekolah. Pembangunan Kantin tersebut menelan belanja hampir RM320,000.00.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah amat mengharapkan sumbangan ikhlas dari semua pihak amnya dan para pendokong sekolah yang terdiri daripada para ibu bapa khasnya.
Semua Dermawan yang ingin menyalurkan sumbangan atau bantuan bolehlah menyalurkan ke akaun berikut:

Nama Bank
Bank Islam Malaysia Berhad

Nama Akaun
TETUAN DANA PEMBANGUNAN MADRASAH TARBIAH

No. Akaun
03018010083191

Sumbangan yang bakal dan telah dilakukan oleh para penderma diucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan puan.

" اللهم اعط كل منفق خلفا واعط كل ممسك تلفا "
Bermaksud:
"Ya Allah gantikan kepada pemberi sumbangan apa yang telah mereka sumbangkan dan musnahkanlah harta orang yang bakhil"
Sekian terima kasih.. Wassalam

No comments: